Nampaknya isu MYAirline oleh Dato’ Allan Goh cuci duit haram daripada i-Serve Online Mall lebih kurang sama dengan Dato’ Victor Chin Boon Long Ketua Mafia Korporat yang merampas M Jets International Sdn. Bhd dengan menipu pengasasnya. Syarikat MJets terus rugi tetapi terus diberi wang untuk menguruskannya. Duit dari mana?
Apakah kesudahan yang dialami oleh MYAirline akan menimpa M Jets International Sdn. Bhd? MYAirline lahir dari Dato’ Allan Goh ‘pencuci’ wang haram i-Serve online Mall yang kontroversi manakala M Jets International dari Dato’ Viktor Chin Boon Long Ketua Mafia Korporat yang merampas syarikat itu menggunakan MMAG Holdins Berhad.
M Jets telah diwarnai dengan pelbagai kontroversi sejak Februari tahun ini bermula dengan siasatan SPRM yang diarahkan oleh Mafia Korporat Victor Chin Boon Long yang telah dipergunakan oleh MMAG Holdings Berhad untuk menggantung kerja, memecat sebagai pengarah dan kemudian membuang kerja dua pengasas bersama iaitu Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming.
Selepas itu Victor Chin Boon Long telah mengarahkan Shanmugananthan menantu Tan Sri Nadarajah ‘Kaki Songlap’, Saysu Michael dan Anton Alex Schubert dan M Jets untuk memfailkan pelbagai tindakan sivil terhadap Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming menggunakan beberapa firma guaman. Tidak cukup itu Mafia Korporat Victor Chin Boon Long telah menggunakan pengaruh mereka untuk membuat satu laporan polis palsu atau diada-adakan terhadap M Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming oleh Shanmugananthan a/l Ratnam iaitu menantu kepada Tan Sri R. Nadarajah yang membuat Laporan palsu bernombor SENTUL RPT: 8640/23 pada 24hb Mei 2023.
M Jets turut menghadapi perletakan jawatan oleh beberapa pegawai pengurusan tinggi, juruterbang dan kakitangan kemahiran pengkhususan serta kakitangan sokongan. Kelewatan pembayaran gaji, sewa pajak kapal terbang, caruman KWSP, PERKESO, PCB LHDN dan lain- lain sudah berlarutan semenjak MMAG mengambil alih pengurusan M Jets yang kini diterajui oleh CEO pintu belakang Woo Kam Weng.
Tidak habis dengan itu, MMAG dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia telah dimaklumkan bahawa menjual 10% kepentingan ekuiti dalam MJETS melalui SpaceCode Sdn Bhd dengan pertimbangan tunai RM100,000.00. Alasan penjualan ekuti kepada rakan kongsi strategik, Azman bin Kassim, pengarah dan pemegang saham tunggal di SpaceCode Sdn Bhd adalah untuk memanfaatkan pengalamannya meliputi lebih 43 tahun pengalaman dalam industri penerbangan, termasuk penyelenggaraan pesawat dan jaminan kualiti, operasi pengendalian penumpang, operasi pengendalian kargo, keselamatan dan keselamatan penerbangan, logistik dan perolehan dsb.
Perkongsian strategik yang dinyatakan di atas telah mendapat kelulusan resolusi lembaga MMAG untuk pelupusan 4,600,000 saham biasanya yang mewakili 10% daripada pegangan saham MMAG dalam MJETS kepada SpaceCode. Selepas jualan 10% ekuti MMAG memegang 32,200,000 saham biasa bersamaan dengan 70% daripada pegangan saham MMAG) dalam M Jets. Menurut carian SSM kedua-dua Woo Kam Weng dan Azman telah dilantik sebagai Pengarah M Jets pada 02hb Mei 2023.
M Jets dengan modal berbayar RM 46,000,000.00 telah menjual 10% ekuti dengan pertimbangan tunai RM 100,000.00 bererti MMAG menilai M Jets pada RM1,000,000.00 sahaja. Ini bererti penilaian M Jets susut hampir 98% berbanding dengan sebelumnya. Pada 31hb Mei 2023 MMAG telah dengan perjanjian MJETS meningkatkan modal saham berbayarnya dalam MJETS daripada 32,200,000 saham biasa kepada 262,200,000 saham biasa melalui permodalan wang yang terhutang oleh MJETS berjumlah RM10,000.000.
Pada 14hb Ogos 2023 MMAG membuat pengumuman kepada Bursa Malaysia menurut Peraturan 9.19(38) Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad, Lembaga Pengarah MMAG ingin mengumumkan bahawa juruaudit luar Syarikat, Tetuan Grant Thornton Malaysia PLT, telah menyertakan penyata ketidakpastian penting yang berkaitan dengan perjalanan MMAG. Kebimbangan dalam Laporan Juruaudit Bebasnya bertarikh 31 Julai 2023, berkenaan dengan penyata kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.
Menurut Tetuan Grant Thornton Malaysia PLT, merujuk kepada Nota 2 kepada Penyata Kewangan yang menunjukkan bahawa MMAG mengalami kerugian bersih sebanyak RM89,392,204 pada tahun kewangan dan pada 31 Mac 2023, jumlah liabiliti semasa MMAG melebihi jumlah aset semasanya sebanyak RM56,863,285. Peristiwa atau keadaan ini menunjukkan wujudnya ketidakpastian material yang mungkin menimbulkan keraguan tentang keupayaan MMAG untuk meneruskan usaha berterusan.
Berasaskan apa yang dinyatakan diatas timbul pelbagai persoalan yang seharusnya menarik perhatian Kementerian Pengangkutan (MOT), MAVCOM dan CAAM untuk memastikan apa yang berlaku kepada MYAirline tidak akan berulang kepada M Jets:
1. Adakah MAVCOM sedar tentang perubahan dalam struktur pemilikan M Jets?
2. Apakah MAVCOM telah dimaklumkan dan mendapat kelulusan untuk penjualan saham oleh MMAG kepada Space Code Sdn. Bhd.?
3. Apakah pengisytiharan Fit and Proper telah dibuat oleh Azman Bin Kasim sebelum dilantik sebagai pengarah M Jets?
4. Apakah Space Code Sdn. Bhd yang merupakan satu ‘shell company’ dengan modal berbayar RM1.00 yang diambil alih oleh Azman Bin Kasim pada 21hb April 2023 dan telah membeli 10% ekuti dalam M Jets dari MMAG memenuhi syarat-syarat Lesen Perkhidmatan Udara (ASL)?
5. Apakah sumbangan Azman Bin Kasim untuk membantu mengelakkan M Jets terus rugi dibawah pengurusan MMAG? Sudah enam bulan berlalu sejak Azman Bin Kasim melabur dalam M Jets tapi nampaknya kewangan M Jets semakin parah seperti pesakit di bilik rawatan ICU yang memerlukan bantuan pernafasan setiap masa dari sumber- sumber dana ghaib atau dana haram yang diatur oleh Mafia Korporat Victor Chin.
6. Apakah Azman Bin Kasim dijadikan pemegang saham dan pengarah dalam M Jets oleh MAG untuk mempergunakan pengalamannya akses Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)? Sama seperti di MYAirllne yang mana Allan Goh telah membawa masuk Datuk Seri Azharuddin Rahman iaitu bekas Ketua Pengarah DCA untuk mempergunakan pengalamannya akses Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan MAVCOM.
7. Mungkinkah Azman Bin Kasim adalah proxy kepada Tan Sri Khairul Adib, Non Executive Chairman MMAG? Besar kemungkinan Tan Sri Khairul Adib mendapat ekuti percuma dari Victor Chin Boon Long sebagai balasan kerana telah berusaha sama dengannya untuk mengeluarkan Gunasekar dan Philip Phang dari M Jets.
8. Dengan MMAG mengawal 96% M Jets, ini bermakna MMAG akan menjamin kejayaan M Jets. MMAG harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap usaha berterusan untuk memastikan M Jets tidak menghadapi sebarang masalah kewangan.
9. MMAG telah membuat pelaburan tambahan RM10.0 juta ke dalam M Jets. Apakah rasionalnya berbuat demikian sejurus selepas ia telah menjual 10% ekuti M Jets kepada Azman bin Kasim pada harga RM100,000 sahaja.
10. Pelaburan tambahan MMAG sebanyak RM10.0 juta dalam M Jets adalah melalui permodalan wang yang terhutang oleh M Jets. Sehingga Mei 2023 jumlah wang terhutang M Jets telah meningkat kepada hampir RM30.0 juta. Berapa sebenarnya yang telah dipinjamkan setakat hari ini dan mengapa? MMAG tidak pernah memberi penjelasan terperinci mengapa M Jets memerlukan sokongan kewangan sedemikian sehingga ke hari ini. Dipercayai Mafia Korporat dianggarkan telah membelanjakan sekurang- kurangnya RM 60.0 juta setakat Oktober 2023 untuk M Jets.
11. Semasa M Jets dikendalikan oleh dua pengasas bersama iaitu Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming, MMAG tidak perlu mendahulukan sebarang pinjaman kewangan kepada M Jets. Ada sesuatu yang tidak betul dan besar kemungkinan berjuta- juta wang mengalir masuk ke M Jets dari sumber- sumber ghaib atau haram yang diuruskan oleh Mafia Korporat Victor Chin Boon Long.
12. Apakah MOT, CAAM dan MAVCOM tidak berminat mengetahui sumber kewangan yang telah dilaburkan oleh Victor Chin sejak Februari 2023 untuk memastikan M Jets terus dapat beroperasi? Sebagaimana MYAirline syarikat ‘pencuci’ wang haram Dato’ Allan Goh, i-Serve Online Mall Sdn Bhd disiasat terperinci oleh PDRM, pengurusan dan peguam i-serve ditahan reman.
Ada kemungkinan Mafia Korporat Victor Chin dan syarikat isterinya MMAG telah mempergunakan Tan Sri Khairul Adib untuk mengaburi mata MOT, CAAM dan MAVCOM supaya segala kemelut yang melanda M Jets tidak diendahkan sama seperti MYAirline yang telah mempergunakan Datuk Seri Azharuddin Rahman. Menteri Pengangkutan Anthony Loke terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk memastikan apa yang terjadi kepada MYAirline tidak menimpa M Jets.
Tan Sri Adib bekas KSU MOT dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang bersara wajib pada 16hb Januari 2022 dilantik Pengerusi MMAG pada 7 Februari 2022 turut terlibat dalam syarikat- syarikat Mafia Korporat iaitu Ingenieur Gudang Bhd, HS Green Valley Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh anak syarikat Hong Seng) yang ditubuhkan pada 14 Julai 2022 iaitu 6 bulan selepas beliau bersara dan dilantik Pengerusi MMAG Holdings Berhad. Rupa- rupanya diam-diam ubi berisi Tan Sri Khairul pada 14hb Julai 2023 telah menjual 43.3 juta saham Classita Holdings Berhad bernilai RM6.4 juta. Jika tidak kerana penjualan saham Classita tiada siapa tahu Tan Sri Adib juga pemegang saham dalam Classita Holdings Berhad. Mafia Korporat sudah membentuk Tan Sri Adib lebih awal ke mana beliau perlu pergi selepas bersara.
BACA – Mengapa Hong Seng ‘Ahlong’ Mafia Korporat beli syarikat pakaian dalam Classita Holdings Berhad?
Selain Tan Sri Khairul Adib, Mafia Korporat pastinya menggunakan Kenny Khow Choon Wah yang dikenali sebagai orang kanan Victor Chin Boon Long dan pakar “Corporate Kitchen Sinking”. Memandangkan Mafia Korporat telah menghabiskan hampir RM 60.0 juta sehingga Oktober 2023 untuk menyelamatkan M Jets, sudah pastinya kepakaran Kenny Khow Choon Wah amat diperlukan untuk menyembunyikan pengaliran masuk wang dari sumber- sumber ghaib. “Kitchen Sinking” korporat bukanlah perkara baru. Ia adalah amalan menyatukan semua berita buruk dalam satu masa. Dalam perakaunan, ia adalah kerugian besar-besaran dan melaporkannya dalam satu tempoh. Kemungkinan motif untuk sengaja mengada-adakan lantunan “Kitchen Sinking” termasuk mendapatkan faedah optimum daripada pelan pampasan eksekutif yang dikaitkan dengan penilaian korporat, atau secara licik merancang pelupusan korporat secara buatan. Harga rendah. Kitchen-sinking ialah satu bentuk penipuan yang melibatkan salah nyata material maklumat kewangan.
Siapa tidak kenal Kenny Khow Chuan Wah, bekas akauntan dengan PriceWaterhouse yang memberi rasuah RM5 juta kepada Mohamad Madani Sahari bagi pihak Aspire Knowledge Sdn Bhd. Semua jalan menuju ke Victor Chin Boon Long untuk melihat bahawa Aspire Knowledge Sdn Bhd dimiliki oleh Hong Seng Consolidated yang mana Kenny Khow Chuan Wah pada ketika itu adalah Pengarah Kewangan di Greenpacket serta salah seorang pengarah dari pasukan Victor Chin Boon Long di Hong Seng Consolidated Bhd.
Mafia Korporat mahu Malaysia percaya bahawa Kenny Khow Chuan Wah membayar rasuah RM5 juta untuk projek bernilai RM12 juta sahaja. Paling teruk Hong Seng juga memiliki kira-kira 50 peratus daripada syarikat itu.
Pada asasnya, Kenny Khow Chuan Wah merasuah terlebih dahulu seorang kakitangan kerajaan sebanyak RM5 juta daripada kemungkinan RM6 juta yang akan diperoleh syarikat untuk projek itu. Datuk Mohamad Madani Sahari, 56, bekas CEO Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) juga mempunyai pertalian kewangan secara langsung dengan Dato’ Allan Goh pemilik syarikat Trilion Cove Holdings Berhad pemegang saham terbesar MYAirline yang terlibat dalam pengubahan wang haram dan penipuan baru-baru ini.
Apakah M Jets juga akan disiasat kerana pengubahan wang haram sebagaimana MYAirlines?
Apa yang berlaku kepada M Jets menimbulkan lebih banyak tanda tanya, mampukah Victor Chin terus menerus memberi bantuan kewangan dari sumber- sumber dana ghaib atau haramnya?
Seperti Dato’ Allan Goh, Victor Chin Boon Long juga sangat pakar ‘mencuci’ dana haram.
Terdapat sumber Victor Chin dan pasukannya cuba membawa Tedy Teow MBI `ahli perniagaan Malaysia’ yang diburu ditahan di Thailand pada 22 julai 2022 atas dakwaan pengubahan wang haram ke negara ini mengunakan dana ratusan juta untuk membebaskannya melalui kuasa pihak-pihak tertentu. Hasilnya adalah segala aset dan duit Teddy di Malaysia yang masih ada Sekitar RM500 juta diuruskan Victor Chin.
Namun usaha Victor Chin, Chong Loong Men dan Dato Sri Teleng Lim Kok Han itu gagal. Victor Chin kini menjadi dalang menguruskan duit-duit haram untuk dilaburkan menggunakan syarikat senarai awam dalam kuasanya yang diuruskan isterinya Chan Swee Ying dan budak-budaknya. Chan Swee Ying merupakan pemegang saham terbesar MMAG Holdings Berhad.
Jika PDRM menyiasat M Jets dan MMAG sebagaimana dilakukan kepada MYAirlines pasti akan menemui banyak dana haram dilaburkan kepada syarikat itu.