FGV Holdings Bhd (FGV) nampaknya belum boleh bernafas lega rombakan demi rombakan belum dapat membawa FGV keluar dari kemelut kerugian.
Kes rasuah di FGV juga semakin berlambak yang membawa kerugian kepada FGV.
BACA – FGV rugi, FJB jual Palm Kernel Shell harga bawah pasaran, Syarikat kroni SAID untung RM25 juta
Terbaru FGV Holdings Bhd (FGV) terus berdepan dengan risiko digantung memandangkan sebaran pegangan saham awamnya hanya 13.1 peratus, demikian kata AmInvestment Bank.
Ia berkata, Bursa Malaysia telah menetapkan tarikh akhir 2 September 2023 untuk FGV menyelesaikan sebaran pegangan saham awamnya.
Katanya, pada masa ini, FGV sedang mempertimbangkan untuk menerbitkan saham keutamaan Islam baharu untuk membetulkan sebaran pegangan saham awamnya.
Walau bagaimanapun, jelasnya, cadangan itu bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa, lembaga pengarah dan pemegang saham FGV.
“FGV akan mengumumkan butiran cadangan korporat, dijangka mengambil masa lima bulan untuk disiapkan, menjelang akhir Jun 2023,” katanya dalam nota penyelidikannya.
AmInvestment Bank mengekalkan saranan ‘HOLD’ bagi saham FGV dengan nilai wajar rendah sebanyak RM1.35 sesaham berbanding RM1.60 sebelum ini.
Ia berkata, keputusan suku pertama bagi tahun kewangan 2023 syarikat perladangan itu bawah jangkaan pihaknya dan konsensus.
Katanya, kumpulan perladangan itu melaporkan kerugian bersih teras sebanyak RM74 juta pada suku pertama 2023.
“Keputusan FGV meleset daripada jangkaan kerana tekanan dalam marjin keuntungan sebelum cukai perladangan dan kerugian dalam unit gula.
“Kami telah mengurangkan (unjuran) keuntungan bersih FGV bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 53 peratus dan unjuran pendapatan bersih tahun kewangan 2024 sebanyak 26 peratus,” katanya.
Sementara itu, PublicInvest Research pula mengumumkan bahawa pihaknya menghentikan liputan penyelidikan bagi FGV bagi mengagihkan semula sumber dalamannya.
Justeru, ia berkata, pelabur seharusnya tidak lagi bergantung pada mana-mana unjuran kewangan FGV oleh pihaknya dalam membuat keputusan pelaburan, atau membuat kesimpulan apa-apa pandangan sebaliknya akibat keputusan pihaknya untuk menghentikan liputan penyelidikan.
“Panggilan terakhir kami ke atas saham (FGV) adalah Neutral dengan harga sasaran RM1.61,” katanya.
FGV got saved from the very high prices of CPO ( due to ukraine war).
Fundamentally, the company is still weak and the privatization of the company failed.
FGV needs to be privatized and go thru massive restructure of their business.
Should not hire incompetent management who doesnât have a clue on how to run businessđ
FGV should not hire incompetent management who doesnât have a clue on how to run businessđ