Isu Mukhriz dan OPCOM bukan isu baharu. Ia pernah didedahkan tahun 2016. Tan Sri Azam Baki pernah bersuara mengenainya
Pada tahun 2009 ketika Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Mokhzani.
Mac 2015 selepas Tan Sri Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2 %. Bursa Malaysia turut mengumumkannya dalam portal mereka.
Media melaporkan Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.
Opcom Holding Berhad dan Mukhriz pernah menjadi isu apabila Opcom dan adik- beradik Mukhriz mendapat kontrak daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad sebagai PM. Ia dianggap amalan kronisme dan nepotisme. Opcom pada tahun 2003 mendapat Kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus” diberikan oleh Telekom Malaysia kelulusan Kementerian Kewangan. Mahathir Mohamad ketika itu adalah PM dan Menteri Kewangan sebelum meletak jawatan. Opcom telah memonopoli projek fiber optik TM sehingga ke hari ini . [Rujuk surat MOF bertarikh 7 Oktober 2003]
Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd ( TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4b. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom apabila dalam tahun 2015 TM menganugerahkan 3 projek berjumlah RM RM282.24 juta.
Pada tahun 2018 sebelum PRU14 media melaporkan Mukhriz Mahathir, menjual 43,600 pada 2 Januari dan dan 605,000 saham pada 3 januari 2018.
15 Julai 2019 Mukhriz menjual 72,600 saham dalam Opcom Holdings Bhd. Ketika itu Mukhriz masih Menteri Besar Kedah, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan isterinya masih sebagai pemegang utama Saham Opcom walaupun hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan.
Sejak zaman BN hingga PH Opcom memang terus monopoli projek TM, Negara dikejutkan Opcom Holdings memperoleh kontrak bernilai RM11.16 juta daripada Telekom Malaysia (TM), beberapa hari Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14.
Mukhriz juga menipu perisytiharan harta kepada SPRM
Mukhriz Tun Mahathir telah mengisytiharkan harta beliau bersama-sama isterinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM25,170,426.
Bagaimanapun Mukhriz dan isterinya menipu nilai sebenar harta mereka.
Kiraannya jika pegangan saham Mukhriz 23.28% saham Opcom sementara isteri beliau memegang 14.11% saham Opcom melalui M Ocean Capital Sdn Bhd. Jadi, jumlah keseluruhan pegangan saham suami isteri adalah 37.39%
Berapa nilai Opcom Bhd? Nilai terendah selepas PRU14 adalah sebanyak RM101.59M. Ini bermakna sekiranya Mukhriz dan isterinya memegang sebanyak 37.39% saham Opcom Berhad, sepatutnya nilai harta DS Mukhriz suami isteri adalah RM37,984,501 ketika itu.
Mukhriz dan Isteri tipu nilai harta mereka tetapi macam biasa SPRM tak berani memeriksanya apatah lagi Tun Dr Mahathir bapanya adalah PM ketika itu
Azam Baki Respon Lagi…
Terbaru Azam Baki dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti sekali lagi isu Telekom Malaysia Berhad (Telekom) mengeluarkan surat rundingan terus kepada Opcom Sdn Bhd (Opcom) pembekalan kabel fiber optik bernilai RM214.2 juta.
Azam Baki ketika sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada tahun 2017 pernah berkata menyiasat Opcom.
Sekarang Azam Baki kekal KP SPRM dan sekali lagi mengulangi akan menyiasat Opcom. Hakikatnya Azam Baki dan SPRM dah tahupun sejak 2017 ketika isu kecoh.
Jadi hendak tengok apa lagi perkara dah jelas! Bapa PM dan Menteri Kewangan luluskan syarikat anak sendiri secara monopoli. Ia jelas Conflict of Interest.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sekiranya ada aduan dan mempunyai asas di bawah kesalahan rasuah maka SPRM mempunyai asas untuk menjalankan siasatan.
“Kita tidak akan teragak-agak untuk menyiasat tetapi SPRM perlukan maklumat itu dahulu.
“Setakat ini saya tiada maklumat lagi mengenai perkara itu namun jika apa-apa pun sebarang maklumat sekiranya ada aduan dan mempunyai asas di bawah kesalahan rasuah kita akan menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita
Persoalannya Aduan apa lagi Tan Sri Azam Baki mahu? sejak 2017 dah orang mengadu. Tinggal buat keputusan saja. Siasatan pun dah ada.
Kita tak perlu menunggu melalui fakta pembelaan terhadap saman difailkan Dr Mahathir, Perdana Menteri menyertakan bukti Telekom syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mana Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada pihak berkaitan. Tun Dr Mahahthir PM dan Menteri Kewangan tahun 2003 tentulah berkuasa membuat keputusan.
Note: Artikel dihantar melalui emel
Tiada bukti kukuh penglibatan Dr Mahadhir dalam isu OPCOM
ada. bapa PM anak dapat. cuma opcom dah jual kepada cina. so tak guna lah nak siasat