Susulan pendedahan Peguam ‘Scammer’ Kington Tong Kum Long menggunakan pejabat guamannya menipu pelanggannya untuk merampas saham syarikat Kumpulan Jetson Berhad memberi tamparan hebat kepada Tetuan Messrs Kington Tan Dzul.
Bagaimana seorang peguam boleh melakukan penipuan, pecah amanah dan melakukan perjanjian menjahanamkan pemilik syarikat? Yang jelas menyalahi etika guaman dan boleh dilaporkan kepada Majlis Peguam dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Peguam Kington Tong Kum Long bukan kali pertama melakukan penipuan kerana beliau sebagai Lembaga Pengarah syarikat kontroversi Fountain View Development Berhad pernah didenda melakukan kesalahan penipuan, kekeliruan dan manipulasi saham sejak tahun 2007.
Hanya bosnya Dato’ Chin Chan Leong pengasas FVDB yang merengkok di penjara pada tahun 2010 selepas disabitkan bersalah dalam manipulasi saham Fountain View Development Bhd menggunakan 20 akaun CDS untuk mendapat keuntungan. Saham melonjak naik daripada RM1.99 kepada RM6.05 dalam tempoh dua bulan.
Inilah yang dipelajari oleh Kington Tong Kum Long daripada Dato’ Chin Chan Leong.
Sekalipun Dato’ Chin Chan Leong dipenjara 12 bulan dan didenda RM1.3 juta tidak memiskinkan Dato’ Chin dan isterinya Datin Yam Yuet Chew. Dilaporkan mereka menyimpan lebih banyak wang di tempat lain.
Persoalan besar daripada mana seorang Peguam seperti Kington Tong Kum Long mempunyai banyak wang membeli saham seperti di Kumpulan Jetson Berhad dan Kumpulan Asastera Berhad?
Sejak Mei sehingga 9 Jun lalu Kington Tong Kum Long dilihat banyak membeli saham Kumpulan Jetson Berhad. Di atas kertas Kington Tong Kum Long kini pemegang saham terbesar iaitu 26.77% atau 71,755,300 saham langsung atau tidak langsung.
Bagaimanapun dilaporkan pengasas Kumpulan Jetson Berhad, Datuk Teh Kian An Pengarah Urusan Kumpulan masih menjadi pemegang saham terbesar.
PEGUAM DATO’ FOONG CHEE MENG BERSEKONGKOL DENGAN KINGTON TONG KUM LOONG TIPU DATUK TEH KIAN AN?
Kemelut di Kumpulan Jetson bermula selepas Dato’ Foong Chee Meng membawa Kington Tong dalam syarikat Jetson Berhad. Peguam Kington Tong dalam urus niaga jual beli saham menipu Datuk Teh Kian An.
Selepas gagal memulihkan hubungan Datuk Teh Kian An dengan Kington Tong ‘Scammer’, Dato’ Foong Chee Meng meletak jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Jetson. Malu dan cuci tangan meninggalkan Datuk Teh Kian An.
Kington Tong Kum Long guna dana haram Dato’ Chin Chan Leong?
Setelah Kington Tong Kum Long mempunyai banyak saham dan mengugut pengasas syarikat, Kington terus menambah kepentingannya dalam syarikat. Wang siapa beliau gunakan? Menurut sumber tertentu Kington menggunakan dana Dato’ Chin Chan Leong untuk membeli saham-saham lain. Kington menolong mencuci semua dana haram Dato’ Chin Chan Leong.
Bukan lagi rahsia Dato’ Chin Chan Leong memiliki lebih RM1 bilion hasil manipulasi saham dan penjualan tanah milik anak syarikatnya Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd. Pada 22 September 2015, Eco World Group Development Berhad (Eco World) mengumumkan cadangan pembelian tanah seluas 2,198.4 ekar di Ijok, Kuala Selangor secara tunai RM1.18billion. Sekalipun sebelum itu tanah itu melalui pertikaian di mahkamah.
Terdapat juga sumber Kington menggunakan sumber dana pelanggannya melalui penipuan sama dalam pembelian saham. Jika laporan polis dan Suruhanjaya Sekuriti dibuat pasti Kington dan firma guamannya terheret sama.
Saham Jetson mencanak naik 42 sen pada 12 Jun lalu sebelum jatuh 28 sen pada 14 jun dan hari ini 30 sen dengan pasaran 78.13 juta. Sejak 5 hari lalu saham Jetson jatuh 19.18 peratus atau 7 sen. Dijangka jika isu pertikaian lembaga pengarah tidak ditangani dan campur tangan pihak luar kemungkinan besar harga saham Jetson akan terus jatuh.
Lembaga Hasil Dalam Negeri digesa menyiasat dana haram yang disembunyikan oleh Kington dan firma guamannya. Dari mana sumber dana Kington. Beliau hanya seorang peguam tak mungkin mempunyai wang yang banyak. Pasti ada seseorang di belakangnya.
[email protected]
Check our email about about Kington.