Tiga ahli perniagaan adik-beradik Lim Aik Hoe, Lim Aik Kiat, dan Lim Aik Fu pemilik Exsim Group melalui EXSIM Development Sdn Bhd, EXSIM Hospitality Holdings Sdn Bhd (EHHSB) dan EXSIM Capital Resources Berhad dilaporkan diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN).
Dikala liat membayar cukai kepada LHDN, ketiga-ketiga adik-beradik itu pada Mac lalu membeli 66 peratus kepentingan Syarikat Pan Malaysia Holdings Bhd ( PMHLDG) melalui syarikat EXSIM Hospitality Holdings Sdn Bhd yang dilaporkan bakal berdepan tindakan undang-undang selepas gagal mengisytiharkan pendapatan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Syarikat tersebut jelas melanggar peruntukan di bawah Seksyen 112(A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Menurut sumber, LHDN telah membuat serbuan ke pejabat EXSIM Group pada mei lalu dan siasatan penuh hampir lengkap untuk tindakan keras terhadap EXSIM Group. Syarikat pemaju dan industri hospitaliti ini cuba lari daipada cukai bernilai hampir RM250 juta. Ketidakpatuhan ini telah menyebabkan kerugian besar kepada negara. Siapakah ‘kabel’ melindungi mereka selama ini?
Sebelum ini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertegas mengambil tindakan penggeledahan terhadap mana-mana individu atau syarikat terutama taikun besar yang sudah dikenal pasti culas membayar cukai.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, pihaknya mengesan syarikat-syarikat yang culas membayar cukai berdasarkan maklumat sedia ada.
“Kita akan sentiasa mengkaji dan semak maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber seterusnya dianalisa bagi mengenal pasti kes yang akan diaudit atau disiasat.
“Sebenarnya ini merupakan tindakan yang berterusan, tetapi kita akan mempergiatkan lagi tahun ini untuk syarikat-syarikat yang culas daripada membayar cukai,” katanya
Dalam beberapa kes LHDN turut pernah membekukan akaun syarikat yang tidak membayar cukai atau jika terkait dengan pengubahan wang haram.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif itu mana-mana pihak diambil tindakan di bawah Seksyen 112(A) Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan penalti bagi kesalahan tidak mengisytiharkan pendapatan. Jika didapati bersalah, syarikat berkenaan berdepan denda yang besar serta hukuman penjara bagi pengarah syarikat yang bertanggungjawab.
Projek EXSIM Group
EXSIM Group melaksanakan banyak projek hartanah. Melihat kepada pencapaian mereka projek mencecah berbilion ringgit sudah tentu jika mereka membayar cukai kepada LHDN ia memberi banyak manfaat kepada rakyat. Semua projek pembangunan dilakukan oleh EXSIM Development Sdn Bhd dilaporkan tidak menghantar audit kewangannya sejak tahun 2022.
BELI PAN MALAYSIA HOLDINGS BERHAD
EXSIM Hospitality Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat yang baru didaftarkan 24 Januari 2024. Jika Lim Aik Hoe, Lim Aik Kiat, dan Lim Aik Fu tidak punya wang dan tidak mampu bayar cukai menjadi persoalan bagaimana mereka boleh menguasai kepentingan Pan Malaysia Holdings Bhd?
Pada 8 Mac 2024, tiga Lim itu memperoleh 65.9 peratus pegangan dalam Pan Malaysia Holdings Bhd (PM Holdings) dengan nilai RM36.73 juta, atau enam sen sesaham milik ahli perniagaan terkenal taikun Tan Sri Khoo Kay Peng pengasas Malayan United Industries Bhd, Mui Properties Bhd, Pan Malaysia Corporation Bhd dan Pan Malaysian Industries Bhd.
Pan Malaysia Holdings memiliki Corus Paradise Resort di Port Dickson yang dinilai RM34.83 juta menurut laporan tahunan tahun lepas. Bagi tempoh enam bulan yang berakhir pada 31 Disember 2023, Pan Malaysia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM1.58 juta dengan pendapatan RM3 juta.
EXSIM Capital Resources Berhad
Menurut semakan terhadap Lim Aik Hoe, Lim Aik Kiat, dan Lim Aik Fu juga memiliki syarikat pelaburannya EXSIM Capital Resources Berhad pada februari 2020 menerbitkan sukuk atau Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM2 bilion dan program Kertas Komersial Islam (ICP) bernilai RM1 bilion bagi membiayai semula pinjaman sedia ada, membeli tanah baharu, serta membiayai keperluan modal kerja.
Bukan itu sahaja EXSIM Capital Resources Berhad terus mengeluarkan sukuk seperti Sukuk SRI Hijau ASEAN bernilai RM365 juta (AS$78.19 juta) pada 30 November 2023. Sukuk ini disokong oleh penerimaan masa hadapan di bawah perjanjian jual beli (SPA) bagi projek hartanah kediaman yang diperakui hijau.
EXSIM Capital dilaporkan untung sehingga jun 2024. Dengan aset semasa dan bukan semasa lebih RM1 bilion dengan keuntungan sebelum cukai RM2.5 juta dan selepas cukai ialah RM817,824.00
LDHN digesa menyiasat semua pendapatan syarikat-syarikat milik EXSIM sehingga mampu menguasai 66 peratus saham Pan Malaysia Holdings Bhd. EXSIM Hospitality Holdings Sdn Bhd (EHHSB) merupakan syarikat ditubuh januari tetapi mampu membeli saham besar. Apakah semua ini dana-dana dari EXSIM Development dan EXSIM Capital yang dipindahkan ke EHHSB? Juga syarikat EXSIM yang lain?
22 Ogos lalu adik-beradik Lim itu menukar nama Pan Malaysia Holding Bhd kepada EXSIM HOSPITALITY BHD dan berhasrat memulihkan kerugian PMHB sebelum ini.
Ada banyak cara tiga beradik dalam EXSIM melarikan cukai satu darinya melantik kontraktor dengan harga markup yang melampau misalnya EXSIM Jalil Link Sdn Bhd melantik Binastra Corp Bhd kontrak RM574 juta, EXSIM Noordin Sdn Bhd melantik Siab Holding Bhd kerja pembinaan di Geoge Town Penang RM176 juta, EXSIM Avenue Sdn Bhd melantik Nestcon Berhad pembinaan bangunan komersial RM108 juta dan banyak lagi.
The Corporate Secret akan mendedahkan kemudian kerana amat jelas dengan projek hasil tahunan berbilion, untung beratus juta tetapi cukai dibayar kepada LHDN tak sampai pun 1 peratus. Ini jelas EXSIM Group melalui tiga beradik Lim Aik Hoe, Lim Aik Kiat, dan Lim Aik Fu mengaut untung banyak syarikat dan kini membeli Pan Malaysia Holdings Bhd yang rugi untuk lari dari cukai dan manipulasi saham. Selepas ini mereka akan bermain dengan manipulasi saham untuk meraih keuntungan sebagaimana Mafia Korporat di negara ini.
Hi, how to post news here?? Can i get contact from you?