The Corporate Secret baru-baru ini mendedahkan cubaan Mafia Korporat dan G3 Global Berhad syarikat pengasas Bestinet Dato’ Sri Aminul Islam Bin Abdul Nor mahu mengambil alih PROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL (NIISe) menggunakan Tass Tech Technologies Sdn Bhd (Tass Tech) mengambil alih 80 peratus kepentingan Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS) pada tunai RM70 juta.
Bagaimanapun KDN mungkin telah menghidu usaha Iris Corp dan G3 Global ini dan akhirnya menamatkan kontrak sistem imigresen bernilai RM1.16 bilion itu sekalipun dibantah Iris Corporation Berhad.
[BACA- KDN tamatkan kontrak Iris sekat Mafia Korporat ambil alih Projek NIISe Jabatan Imigresen?
CEO Tass Tech Technologies Sdn Bhd Raja Muhd Badiuzzaman Raja Chulan merupakan bekas CEO G3 Global Berhad berkhidmat bersama Datuk Wan Khalik Bin Wan Muhammad pemegang saham G3 Global Berhad yang juga sebelum ini pengarah CSH Alliance Berhad mafia korporat dan Datuk Haji Khan Mohamad Akram Khan bekas Pengerusi MMAG Holdings Berhad di bawah pengaruh Victor Chin Boon Long melalui isterinya Chan Swee Ying, Ng Keok Chai dan Kenny Khow Chuan Wah.
G3 Global Berhad dikuasai Dato’ Sri Aminul Islam Bin Abdul Nor Pengasas Bestinet Sdn. Bhd bagi sistem pekerja asing KDN Foreign Workers Centralized Management System (“FWCMS”) yang disiasat SPRM selain sahamnya dimiliki Green Packet Berhad yang dikuasai Mafia Korporat.
Oleh kerana G3 Global, Bestinet dan Green Packet dilindungi oleh Chong Long Men dan Dato’ Sri Lim Kok (Teleng) yang punya akses dengan SPRM maka kes rasuah Bestinet ditutup hingga kini. Tiada pendakwaan dibuat.
Nampaknya Dato’ bangla Aminul Islam yang terkenal membayar rasuah dan membeli pegawai-pegawai imigresen dalam dan luar negara kini semakin berkuasa apatah lagi Bestinet kini melantik kerabat sebagai Pengerusi syarikatnya.
DUA PEMEGANG SAHAM TERBESAR G3 LOBAL LUPUS SAHAM
Terbaru 5 September dua pemegang saham terbesar G3 Global Bhd yang didedahkan iaitu Datuk Khan Mohd Akram Khan dan Datuk Wan Khalik Wan Muhammad telah melupuskan 4.77% kepentingan dalam syarikat itu melalui syarikat pelaburan mereka.
Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat mereka iaitu Global Man Capital Sdn Bhd melupuskan pegangan sebanyak 180 juta saham pada Selasa.
Pelupusan itu mengurangkan kepentingan kedua-dua pemegang saham terbabit dalam syarikat tersebut kepada 9.24% atau 348.67 juta saham.
Sebelum urus niaga berkenaan, Khan dan Wan Khalik merupakan pemegang saham terbesar G3 Global dengan 14.01% kepentingan dalam syarikat itu.
Selepas pelupusan, pemegang saham terbesar G3 Global ialah Pengarah Eksekutifnya, Dato’ Sri Aminul Islam Abdul Nor dengan 14.25% pegangan melalui Greenfield Hills Sdn Bhd, isteri dan anak lelakinya. Dato’ Banglalah sang penguasa G3 Global Berhad sekarang.
Bagaimanapun tidak diketahui siapa pengarah berbangsa tionghua Anthony Lim Chee Seng, Lee Kok Keong dan Loong Yuen Wai dalam Greenfield Hills Sdn Bhd. Nampaknya merekalah sebenarnya pemegang saham besar dalam G3 Global melalui Greenfield Hills Sdn Bhd kerana anak dan isteri Dato’ Sri Aminul Islam Abdul Nor hanya 1 juta saham sahaja.
Tiada hasil pendapatan tahunan syarikat ini bermakna syarikat ini hanya tempat ‘parking’ atau cuci duit haram G3 Global Berhad.
Saham G3 Global tidak berubah pada 2.5 sen, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM94.3 juta.
Sekali lagi digesa Kerajaan Perpaduan perlu menamatkan kontrak ROJEK SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL (NIISe) tidak perlu teragak-agak untuk berhadapan saman Iris Corp. Jangan U-turn dan flip flop. Jika projek ini disambung Tass Tech Technologies Sdn Bhd (Tass Tech), G3 Global Berhad dan Bestinet Sdn Bhd pasti mendapat manfaat besar.
Kenapa perlu beri Dato’ Sri Bangla berasal dari Bangladesh untuk Projek dokumen penting warga asing yang mungkin datanya boleh disalahgunakan.