Dunia korporat Malaysia baru-baru ini dikejutkan sekali lagi dengan sekumpulan Mafia di ketuai ahli perniagaan Datuk Victor Chin Boon Long (CBL) melakukan cubaan merampas syarikat senarai awam Caely Holdings Berhad (Kini Classita Holdings Berhad) dan Revenue Group Berhad.
Kemelut perebutan kuasa ahli lembaga syarikat ini menyebabkan kejatuhan harga saham dan melibatkan agensi penguatkuasaan, penyiasatan, penahanan dan pembekuan akaun ahli Lembaga Pengarah Syarikat.
SYOR BACA Skandal Revenue Group: Victor Chin, Leong Seng Wui gagal, salah guna kuasa Eddie Ng pula terbongkar
Modus operandinya sama iaitu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penguatkuasaan lain sebelum rampasan syarikat dilakukan.
Kisah rampasan dan pemilikan syarikat seperti MMAG Holdings Berhad, Vortex Consolidated Berhad, Dynaciate Group Bhd, Pesona Metro Holdings Berhad, CSH Alliance Berhad, Hong Seng Consolidated Berhad, G3 Global Berhad dan Green Packet Berhad mempunyai modus operandi yang sama sehingga pertukaran nama kepada syarikat-syarikat ini.
Semuanya dilakukan secara terancang dan tersusun. Victor Chin Boon Long sebagai Ketuanya. Beliau telah menentukan peranan masing-masing pasukannya.
Chong Loong Men bekas DPP, pegawai pendakwa SC mengawal pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan mahkamah. Beliau menasihati semua urusan perundangan Victor Chin. Beliau juga banyak dilantik sebagai BOD dalam syarikat milik Victor Chin seperti G3 Global Berhad, CSH Alliance Berhad dan MMAG Holdings Berhad.
Dato’ Seri Teo Hai Hin merupakan Group MD kepada syarikat ahlong terbesar iaitu Hong Seng Consolidated Berhad merupakan funder Mafia di negara ini khususnya semua projek Datuk Victor Chin. Victor Chin sendiri merupakan pemegang saham dalam Syarikat Hong Seng Consolidated Berhad.
Leong Seng Wui merupakan orang kanan, Victor Chin selaku runner atau front man kepada Victor Chin. Leong menjadi Pengarah Eksekutif dan pemegang saham kepada semua syarikat yang dikuasai Victor Chin seperti Hong Seng Consolidated Berhad dan Greenpacket Berhad.
Ng Keok Chai pula merupakan bekas Pegawai Kanan Polis yang kini banyak dilantik sebagai Pengarah Eksekutif kepada syarikat yang dikuasai Victor Chin. Ng Keok Chai BOD Hong Seng Consolidated Berhad, CSH Holdings Berhad, Ingenieur Gudang Bhd, Greenpacket Berhad dan Classita Holdings Berhad. Secara ringkasnya beliau dilaporkan mengawal pasukan polis dalam sektor korporat. Syarikat Ah long peminjaman wang di bawah kuasanya.
Seorang lagi ialah Dato’ Sri Lim Kok Han. Siapa tidak kenal Lim Kok Han atau Dato’ Teleng? merupakan ‘runner’ atau nominee kepada pegawai SPRM. Dilantik sebagai Pengarah Eksekutif atau Bukan Eksekutif selain pemegang saham syarikat. Ringkasnya semua urusan berkaitan SPRM dikawal oleh Lim Kok Han. Mahu syarikat disiasat dan beku akaun Lim Kok Hanlah yang menguruskannya.
Maklumat mengenai Dato’ Sri Lim Kok Han (Teleng) yang kontroversi pernah disiarkan dalam blog Edisi Siasat
Siapa Victor Chin Boon Long?
Dikenali sebagai Victor Chin digelar Mo Gui 魔鬼 (Syaitan) berumur 55 tahun, Victor Chin memulakan kerjanya di syarikat ICT Taiwan pernah menjadi Pengarah Urusan kepada syarikat PC3 Technology Sdn Bhd pada tahun 2004.
Beliau juga dikenali Victor Chin sebagai ketua pencuri kereta kumpulan ‘Low Yat’ di kuala Lumpur satu ketika.
Tahun 2010 Pernah dilantik sebagai BOD Tejari Technologies Berhad (U-Topia kini Macpie Berhad) sebelum meninggalkan syarikat itu pada tahun 2015.
Bermula tahun 2010 Victor Chin menggunakan isterinya Chan Siew Ying sebagai pemegang saham syarikat MMAG Berhad (dulu Ingenuity Berhad). Tahun 2012 beliau mempunyai 29.15 peratus pegangan saham dan dilantik sebagai BOD MMAG pada 24 September 2012. Namun pada 13 Februari 2015 beliau meninggalkan syarikat itu dan meletakkan isterinya Madam Chan Swee Ling sebagai BOD MMAG sehingga hari ini.
Tahun 2015 Victor Chin menguasai syarikat PFCE Berhad (Dulu Spring Gallery Berhad, KTG Berhad) sebelum bertukar nama kepada CSH Holding Berhad dan meletakkan isterinya Chan Swee Ying sebagai BOD CSH Holdings Berhad bermula tahun 2017 hingga sekarang
Victor Chin Boon Long tidak pernah berhenti sehingga beliau berjaya menguasai G3 Global Berhad (Dulu Yen Global Berhad), Hong Seng Consolidated Berhad (dulu Panpages /MSCM Berhad), Pesona Metro Holdings Berhad, Vortex Consolidated Berhad dan beberapa syarikat lagi yang akan didedahkan dalam artikel ini.
3 orang kanan kepercayaan Victor Chin mengurus saham-saham dan operasi manipulasi pasaran saham ialah Tan Oii Jin (Shane), Lim Siew Ping (Eunice) dan Su Seong Yeen (Samantha). Orang kepercayaan Victor Chin ini juga turut dilantik pengerusi dan BOD syarikat.
SIAPA BANTU DATUK VICTOR CHIN BOON LONG?
- MMAG HOLDINGS BERHAD
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini penguasaan Victor Chin dalam MMAG melalui isterinya Chan Swee Ying dan seorang proksi yang dipercayainya iaitu Kenny Khow Chuan Wah Pengarah Eksekutif dalam MMAG. BOD dan pemegang syarikat ini sering bertukar ganti. Isteri kedua Victor Chin Lim Siew Ping (atas) juga pernah menjadi pengarah dan pemegang amanah syarikat ini.
20 Februari lalu MMAG Holdings Bhd menggantung pengarah M Jets International Sdn Bhd (MJets), M. Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming daripada fungsi eksekutif masing-masing berkuat kuasa serta-merta atas dakwaan rasuah salahguna kuasa dan menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber dibelakang semua usaha itu Datuk Victor Chin menggunakan Lim Kok Han dan lembaga pengarah MMAG Dato’ Sok One A/L Esen. Dato’ Sok One A/L Esen merupakan bekas pegawai kanan SPRM. Seperti biasa inilah modus operansi Datuk Victor Chin jika dia tak mahu pengarah yang menentangnya dia akan menyingkirkannya.
2. VORTEX CONSOLIDATED @ HARVEST MIRACLE CAPITAL BERHAD
Siapa tidak kenal akan kedai komputer di Plaza Low Yat iaitu Viewnet dan juga PC Zone. Dua nama tersebut merupakan kedai peralatan dan perkakasan computer yang antara tersohor di Plaza berkenaan.
Penguasaan Ketua Mafia iaitu Victor Chin di dalam Syarikat Vortex adalah melalui isterinya Madam Chan Swee Ying dan juga orang kanan kepercayaannya Shane Tan Ooi Jin.
Di dalam rekod Madam Chan Swee Ling, yang berusia 50 tahun, merupakan Pengarah Eksekutif Syarikat tersebut. Madam Chan juga merupakan ahli Lembaga Pengarah MMAG Holdings Berhad. Beliau memegang 177,277,507 saham biasa (tidak langsung) dalam Syarikat melalui kepentingan besar beliau dalam Epic Pavilion Sdn. Bhd.
Sekitar jun 2022, Vortex consolidated telah menukar namanya kepada Harvest Miracle Capital
Selepas semua usaha Victor Chin kantoi satu-persatu saham dilepaskan untuk menutup usaha mereka. Tidak mengejutkan pada 28 Feb 2023, isterinya Chan Swee Ying telah melepaskan jawatannya sebagai pengarah Eksekutif di dalam syarikat ini namun penguasaan saham beliau di dalam syarikat ini masih tidak berubah iaitu sejumlah 23.13 % unit saham.
DYNACIATE/INGENIEUR GUDANG BERHAD
DYNACIATE Group Bhd atau nama baharunya Ingenieur Gudang Bhd merupakan syarikat berkaitan fabrikasi, kejuruteraan, pembinaan dan juga MRO. Syarikat ini beralamat di Pasir Gudang Johor.
Penguasaan CBL di dalam Syarikat ini menyaksikan banyak proksi beliau melalui Valhalla Capital SDN Bhd yang menguasai 8.9088 % syer,MMAG Holding Berhad ( 8.8531 %) dan juga Hong Seng Capital.
Valhalla Capital merupakan anak syarikat kepada Vortex di mana perniagaan terasnya adalah syarikat peminjam wang berlesen. Vahalla Capital adalah antara pembeli saham dalam Callista Holdings Berhad yang dirampas oleh geng mafia Victor Chin.
Untuk rekod Vortex telah melebarkan sayap di dalam industri peminjam wang ini pada tahun 2020, dimana Vortex telah membeli syarikat dari Valhalla Holding di mana Valhala Holding adalah milik Choo Peng Hung Pengarah urusan dan pengarah eksekutif di Vortex group.
Bagi melindungi kepentingan beliau dan membina nama, Victor Chin melantik Bekas Timbalan Komisioner Polis NG Keok Chai yang jawatan terakhirnya adalah Penolong Pengarah Utama dalam Bahagian Siasatan Perakaunan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman sebagai pengarah bukan eksekutif.
Nama Ng Keok Chai juga cukup popular di beberapa syarikat lagi iaitu Green Packet, Dynaciate Group Bhd dan Hong Seng Consolidated Bhd.
PESONA METRO HOLDINGS BERHAD
Penguasaan Victor Chin dalam Pesona Metro ialah melalui proksinya Wee Hock Beng Pengarah Urusan yang juga Pengarah Bukan Eksekutif dalam Pesona.
CSH ALLIANCE BERHAD
CSH (dahulunya dikenali sebagai KTG Berhad) (“CSH”) dengan modal pasaran kira-kira RM 83 juta pada 15 Mac 2022 terlibat dalam peruncitan, perdagangan, pembuatan, pengeksportan dan pemasaran tembikar, produk porselin, barangan dan perhiasan seramik, pembinaan hartanah, pelaburan hartanah, pembangunan hartanah dan perkhidmatan kewangan.
Ahli Lembaga Pengarahnya ada kaitan dengan G3 Global Berhad bawah Dato’ Sri Aminul Islam Bin Abdul Nor pemilik Bestinet Sdn Bhd yang kontroversi.
Penguasaan Victor Chin dalam syarikat ini melalui Grandstead Sdn. Bhd, Fountainberry Sdn. Bhd milik Victor Chin Boon Long, Total Sejati Sdn. Bhd, isteri Victor Chin Chan Swee Ying selain saham peribadinya.
Selepas KTG ditukar kepada CSH ALLIANCE BERHAD penguasaan syarikat ini kini di bawah orang kanan kepercayaan Victor Chin iaitu Ng Keok Chai sebagai Pengarah Bebas bukan Eksekutif dan Kenny Know Chuan Wah.
CSH Alliance juga menjadi kantung seperti juga Hong Seng untuk membiayai pembelian saham atau rampasan syarikat lain.
Sekalipun Victor Chin dan isterinya Madam Chan Swee Ying tidak berada sebagai BOD CSH tetapi sahamnya dan isteri serta syarikat yang dikuasainya jelas menguasai CSH Alliance Berhad.
HONG SENG CONSOLIDATED BERHAD
Penguasaan Datuk Victor Chin dalam HONG SENG CONSOLIDATED BERHAD juga sangat jelas. Selain Dato’ Seri Teo Hai Hin sebagai kroninya syarikat industri sarung tangan getah, kesihatan dan juga Financial Service ataupun AH Long berlesen ini jelas dikuasai oleh Victor Chin.
Hong Seng Consolidated Berhad
Selain Dato’ Seri Teo Hai Hin antara pemegang saham terbesar syarikat milik Datuk Victor Chin seperti CSH Alliance Berhad dan anak-anak syarikatnya, Victor Chin dan isterinya Madam Chan Swee Ying
Victor Chin Boon Long akan menggunakan Hong Seng untuk membiayai atau menguasai saham-saham syarikat lain.
GREEN PACKET BERHAD
Sebuah syarikat yang banyak mencipta nama di dalam bidang telekomunikasi iaitu dengan nama P1 Wimax
Pengasasnya Puan Chan Cheong, atau lebih dikenali dengan CC puan menyenaraikan Green Packet di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada tahun 2005. Modal pasarannya semasa disenaraikan ialah RM350 juta dan meningkat secara beransur-ansur kepada RM2.7 bilion menjelang awal tahun 2007.
Pada tahun 2014, P1 telah diambil alih oleh Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Puan telah melepaskan peranan beliau sebagai CEO kumpulan kepada Tan Kay Yen untuk mengambil peranan sebagai CEO P1 selama dua tahun. P1 telah diubahsuai namanya menjadi Webe pada tahun 2016 dan dikenali sebagai Unifi Mobile pada masa kini.
Namun kerana geng mafia Datuk Victor Chin dan Leong Seng Wui mahu merampas Greenpacket mereka menggunakan ‘game’ biasa iaitu melaporkan kepada SPRM.
Oleh itu pada tahun 2019 SPRM menyerbu Greenpacket dan TM berhubung dakwaan salahlaku rasuah penjualan Syarikat Packet One Networks (P1) dengan harga RM350 juta. Bukan itu saja TM menyuntik modal RM210 juta dalam P1. CC Puan digambarkan untuk besar dalam urusan ini.
Bagaimanapun siasatan SPRM kes itu selesai dan CC Puan didapati tidak bersalah maka dibenarkan kembali mengetuai Greenpacket sebagai Pengarah Urusan.
VICTOR CHIN DAN BUDAK-BUDAKNYA MERAMPAS GREEN PACKET BERHAD
MMAG Holdings Berhad, CSH Alliance Berhad (dulu KTG) dan G3 Global sememangnya mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
Pada September 2020, Greenpacket dan MMAG telah menjalinkan persefahaman untuk memasuki pasaran E-wallet pekerja asing maka Kiplepay Sdn Bhd milik Greenpacket telah menandatangani perjanjian anak syarikat milik MMAG, iaitu MMantap Sdn Bhd.
Di bawah perjanjian induk tersebut, e-wallet Kiplepay dan sistem pembayaran digital Kiplepay diperkenalkan. Oleh itu, MMantap ingin menggunakan penyelesaian pembayaran digital Kiplepay untuk pekerja asing yang diuruskan oleh syarikat tersebut. Ia turut membantu Syarikat Bestinet Sdn Bhd menggunakan sistem pembayaran itu.
Kerana kesungguhan CC Puan dan Greenpacket maka ditubuhkan pula G3 Global Berhad untuk membina taman Artificial Intelligance ( AI) di Malaysia di Taman teknologi Malaysia. Namun projek ini terhenti kerana pertukaran kerajaan.
CC Puan berhadapan masalah besar selepas kegagalan projek taman kecerdasan buatan (AI park) pertama di Malaysia sekalipun telah menandatangani perjanjian pelaburan dengan SenseTime Group Ltd dan China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC). Pelaburan AS$1 bilion itu nampaknya lebur. CC Puan juga mula menghadapi masalah kewangan yang besar selepas itu.
Bermulalah usaha untuk menyingkirkan CC Puan sebagai Pengarah Urusan Greenpacket dan juga G3 Global Berhad.
Syarikat-syarikat penghutang dibawah kumpulan Victor Chin memainkan peranan penting untuk mendesak CC Puan membayar hutang termasuk ke mahkamah untuk notis muflis.
Pada Julai 2022, CC Puan telah difailkan muflis oleh Mahkamah tinggi ekoran kegagalan beliau untuk menyelesaikan pembayaran sebanyak RM30.66 juta. Mahkamah Tinggi memerintahkan Puan untuk membayar jumlah keseluruhan RM22.86 juta kepada MSB ( Medinis Sendirian Berhad) sebagai gantirugi untuk 60 juta saham biasa G3 Global Bhd, dan dalam keputusan berasingan memerintahkan Puan membayar RM7.8 juta kepada Everegion Sdn Bhd( ESB )sebagai gantirugi untuk 20 juta saham G3 Global.
LEONG SENG WUI MENGUASAI GREEN PACKET BERHAD
Akhirnya Leong Seng Wui ‘front man’ Datuk Victor Chin muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam kumpulan itu setelah CC Puan menjual keseluruhan pegangan sahamnya sebanyak 8.91% dalam Green Packet kepada Leong melalui urus niaga langsung bernilai RM6.22 juta, seperti yang ditunjukkan dalam pengisytiharan Bursa Malaysia pada 31 Januari.
Berdasarkan pengiraan kasar, CC Puan menjual seluruh pegangannya kepada Leong pada harga 0.05 sen per saham – jauh lebih rendah daripada nilai pasaran semasa.
Dan sekaligus Leong dilantik menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan Green Packet Berhad.
Hong Seng Consolidated Berhad milik mafia Victor Chin juga menjadi pemain besar menyingkirkan CC Puan.
hanya menggunakan proksi lain memegang saham di Green Packet Berhad
Bukan itu sahaja pada ogos 2022, Hong Seng Consolidated Bhd telah menjual saham sebanyak 20% dalam operator platform kesihatan digital eMedAsia Sdn Bhd kepada Green Packet Bhd dengan nilai RM20 juta.
Green Packet Berhad pula menjual 40 juta saham G3 Global Bhd dengan harga RM2 juta mengurangkan pegangan sahamnya dalam syarikat itu kepada 4.67% melalui waran yang telah ditukarkan menjadi saham oleh Greenpacket pada bulan Mei tahun lalu. Syarikat itu menukar jumlah keseluruhan 305.25 juta waran menjadi saham pada 19 Mei. Dan Green Packet Berhad telah melepaskan saham yang tinggal dalam G3 Global Bhd untuk RM5.78 juta keesokan harinya.
Akhirnya Victor Chin Boon Long berjaya mengumpulkan budak-budaknya Leong Seng Wui, Ng Keok Chai dan Dato’ Sri Lim Kok Han dalam Green Packet Berhad. Chong Loong Men pula kekal menjadi penasihat undang-undang mereka. Green Packet Berhad adalah kunci kepada Victor Chin untuk menguasai syarikat lain. Kerana kantoi kartel Mafia ini kemungkinan budak-budak Victor Chin dan beberapa penama yang terbongkar akan melupuskan saham atau meletak jawatan lembaga pengarah.
Untuk Syarikat G3 Global Berhad dan kaitannya dengan Green Packet Berhad The CorporateSecret akan mendedahkannya dalam episod akan datang.
Apa yang dilakukan oleh Victor Chin Boon Long dan budak-budaknya selepas ini?
Hari ini mereka sedang berusaha merampas penuh Caely/Callista Holdings Berhad dan Revenue Group Berhad! Namun setakat ini masih gagal.
Kerajaan digesa melihat isu Mafia Datuk Victor Chin Boon Long yang merampas syarikat lain menggunakan penguatkuasa seperti SPRM. Ini sangat tidak bagus jika agensi digunakan untuk menyiasat, menangkap dan membekukan akaun syarikat senaraian awam. Ia boleh menjejaskan pelabur datang ke negara ini- CS
Test post.. keluar ke idak ni?
Very interesting report. I just get to know your website today.
Do you have a website in English?
we focus on malay language for now,
Boleh tolong jelaskan ke…who are we ITU? Can provide office address pls
Large and successfull business corporations or conglomarate is welcomed. However, gotten things done through ‘dubious means or fringing on unlawfull acts’ is certainly not acceptable. It is
unhealthy business practices that may lead to corrupting the public civil administrators of the country.
Well done, may we get rid of all this criminals that’s bringing the country down
Kita investor jadi mangsa. Mereka scammer berlesen, pasang kaki dalam badan penguatkuasa. Bahaya kpd bursa malaysia
After reading this article, I would say Datuk Victor Chin Boon Long is a corporate genius. He selected able and talented hands in his business manoeuver. Its not an easy job anyway. What he did is deemed legal in the eyes of Malaysian corporate law. If not he’s already behind bars long ago.
Please get rid of these mafias a.s.a.p. regardless race. Hopefully our new govt manage to bring back all the cash from their offshore account. Malaysia economy needs a major revamp to get back on track.
What will the Sultans and The King going to do about these “titles” that given to those morons that only cheat?
Should have strip and ground those immediately.
Do you think they have balls? IMDB guy still full of titles
Hi there, I just came across your new site and saw that you’re getting started with WordPress – something I’m well experienced in! It’s always thrilling to see how new websites unfold. Building a website is not always a simple task – are you doing this on your own or do you have a developer to help you out? Regardless, I can’t wait to see how your site progresses. If you ever need to discuss anything WordPress-related, feel free to drop me an email at [email protected], or message me on WhatsApp or Telegram.
Kind regards,
Mahmud Ghazni
WhatsApp: +880 1322-311024
Telegram: https://t.me/ghaznidev
I like the helpful information you provide in your articles.
I will bookmark your weblog and check again here regularly.
I’m quite sure I’ll learn many new stuff right here!
Good luck for the next!
my web site; https://newspapper.top/, Nine303, situs4d, Asia4d, gacor4d
Your style is unique compared to other people I have read stuff from.
Thanks for posting when you have the opportunity, Guess I will just book mark this blog.
Also visit my webpage Link LGO4D (Willa)
Valuable info. Fortunate me I found your web site by accident, and I’m shocked why this twist of fate didn’t happened in advance!
I bookmarked it.
My brother recommended I might like this website.
He was totally right. This post actually made my day.
You cann’t imagine simply how much time I had spent for this info!
Thanks!
Inefficient Campaign Management
Managing your email campaigns is a time-consuming and
complex process.
Juggling multiple tools and platforms, manually
setting up campaigns, and tracking results is draining your resources and hindering your growth.
Deadline Funnel streamlines your workflow with automation,
integration, and easy-to-use features, saving you time and effort.
Ready to skyrocket your sales?
Start your free trial of Deadline Funnel today and experience the power of urgency.
Personalized Deadlines For Leads – https://t.me/s/seosecrettechniques/14
More Posts
Valentine’s Day is a great sales boost after the holiday lull. If you sell Valentine’s Day products, prep your online store. Tip: Clearly communicate order deadlines for delivery before Valentine’s Day to create urgency for potential buyers. #saveon – Qwintry Global – https://facebook.com/digitalmarketingcourseandsocialmedia/posts/pfbid0Mp7z36sgE7V58wj9E6atgPqCijpZ9ATGPE3fJ1sw4fgAUyJDn9hQDiexFRnnxhLtl
Countdown in Mailer
Street, Dunedin, Opening Hours – https://facebook.com/digitalmarketingcourseandsocialmedia/videos/561661003226921/
What’s the best practice for parasite
SEO in 2019? – https://facebook.com/VoxFama/posts/pfbid0tLCUXwcqErvNJcS9AMLUESsfQSskArzFYQN9h3exty6kue7nH4jowZfhpSJqcZrRl
Buy
Automated Deadline Tool – https://t.me/s/seosecrettechniques/19
new year’s eve fake countdown – http://shijiro.utmall.com/viewthread.php?tid=221979&extra=
Parasite SEO
en 2024: Todo lo que necesitas saber – https://facebook.com/LaMervaleta/posts/pfbid02HfXiFQJ1bbMTLqY4Vp8yUgkY9he9bAt4ZQrLZLCsr79YcrbQLCcwNSeSvY7zTPR6l
Stewart Vickers – Parasite SEO Mastery by SEO Jesus – https://crm-pour-pme.fr/analyse-web/index.php?url=https%3A%2F%2Ft.me%2Fs%2Fseosecrettechniques%2F15&title=Sales+Funnel+Builder+With+Automation