Pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan telah mengeluarkan surat tuntutan kepada menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, menuntut permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan RM200 juta.
Ini adalah berhubung dakwaan Sanusi mengenai projek pembersihan Sungai Klang.
Dalam surat yang dikeluarkan melalui firma undang-undang Pierre Chuah & Associates, peguam Tan menegaskan bahawa dakwaan Sanusi adalah “jelas palsu, tidak benar, tidak wajar, tidak berasas, dan berniat jahat terhadap anak guam kami”.
Mereka juga menuntut Sanusi menarik balik tuntutannya dan membuat akujanji bertulis untuk berhenti mengulangi dakwaannya.
Surat itu memberi Sanusi sehingga hari ini untuk bersetuju dengan tuntutan mereka.
Sekiranya gagal, firma guaman itu berkata mereka menerima arahan Tan untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Sanusi.
Syarikat guaman itu memberi amaran bahawa dakwaan Sanusi boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah, yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya.
“Oleh itu, anak guam kami berhak untuk membuat laporan polis terhadap anda,” kata mereka dalam surat bertarikh 4 Ogos.
Dalam ucapan semasa ceramah Perikatan Nasional di Jitra, Kedah, pada 2 Ogos, Sanusi mendakwa Selangor boleh menanggung kerugian sehingga RM180 juta kerana projek Gerbang Maritim Selangor.
Dia juga mempersoalkan bagaimana Tan boleh memperoleh pegangan penting dalam firma milik Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI-Selangor).
Menteri besar sementara Selangor Amirudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Land Syed Ali Shahul Hameed telah menafikan dakwaan Sanusi dan mengancam tindakan undang-undang.
Projek Gerbang Maritim Selangor bukan projek beri tanah kepada Berjaya Land
Projek Gerbang Maritim Selangor adalah projek usahasama Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI-Selangor) dan Berjaya Land bukan projek beri tanah.
Datuk Seri Amirudin Shari menganggap dakwaan yang menuduh beliau menyerahkan tanah milik Selangor kepada Berjaya Land untuk mengusahakan Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) sebagai melampau.
Amirudin menjelaskan tanah pembangunan SMG masih dipegang Menteri Besar Selangor Inc (MBI) cuma kebenaran untuk pembangunan itu diberi kepada syarikat usaha sama (JV) bersama dengan Berjaya Land.
“Gerbang Maritim Selangor ini meliputi 88,000 ekar tanah sepanjang 56 kilometer Sungai Klang ia projek pembersihan sungai juga projek untuk membangunkan kemudahan taman awam, grand bazar, resort dan juga perumahan.
“Sebenarnya Berjaya Land tidak membeli syarikat seperti mana yang dituduh tetapi ada JV antara Berjaya Land dan juga Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB),” katanya
Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) adalah anak syarikat milik penuh penggerak pelaburan utama kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor Inc (MBI). Bukan milik Amiruddin Shari atau Tan Sri Vincent Tan.
SMG terbabit dengan kerja mengorek 56 kilometer (km) Sungai Klang dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, selain kerja pembangunan lain.
Amirudin memberitahu, SMG ini adalah imaginasi Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Tan Sri Khalid pernah mengatakan bahawa pembangunan semula Sungai Klang, inilah sebenarnya dan Gerbang Maritim Selangor ini telah dilancarkan oleh Datuk Seri Azmin Ali tapi hanya dilaksanakan oleh Amiruddin Shari.
Malah pelantikan Landasan Lumayan pun ditubuh di zaman Azmin Ali sebagai MB Selangor.
Amirudin berkata, pada 2018, SMG akan menyaksikan Sungai Klang menjadi sumber ekonomi baharu bagi Selangor, dengan menyatakan projek itu juga bertujuan meningkatkan kualiti air di lembangan dan rizab sungai.
Dilaporkan pada tahun sama bahawa LLSB yang diperbadankan pada Mei 2012, dilantik kerajaan negeri untuk mengendalikan projek SMG yang didakwa syarikat itu akan memberi manfaat ‘sangat besar kepada ekonomi negeri’, seperti dinyatakan menerusi laman sesawangnya.
Kajian berhubung kes SMG menyatakan peruntukan belanjawan negeri disediakan Azmin sebanyak RM2.88 bilion untuk 2016, menyaksikan beliau memaklumkan bahawa Sungai Klang ‘akan menjadi mercu tanda untuk memacu pertumbuhan ekonomi baharu dan menjana ekosistem ekonomi maritim’.
Dokumen itu juga menggariskan fasa pelaksanaan SMG, dengan Fasa 1 projek (2018-2022) membabitkan usaha meneruskan aktiviti pembersihan sungai yang bermula pada Februari 2016, kerja pemulihan untuk meningkatkan kualiti air dan lima projek pemangkin.
Projek pemangkin termasuk menaik taraf taman permainan destinasi interaktif, iaitu Taman Bandar Pangkalan Batu di Klang, selain pembinaan tarikan eko-pelancongan Mangrove Point di hutan bakau Pelabuhan Klang.
Laman sesawang LLSB menyatakan bahawa projek itu yang bermula pada Ogos 2019 dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Selangor, dijangka siap pada suku kedua 2021.
Exco Selangor, Izham Hashim berkata, penangguhan projek kira-kira RM10 juta itu dibuat, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan semasa pandemik COVID-19.
Sementara itu, Fasa 2 (2021-2031) akan menyaksikan ‘pembangunan berimpak tinggi, termasuk pulau sekitarnya’, manakala Fasa 3 (selepas 2031) tertumpu di sekitar ‘baki keluasan’ Sungai Klang.
Pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran untuk Klang, Subang Jaya dan Ampang Jaya serta majlis bandaraya di Shah Alam, Petaling Jaya, dan Kuala Lumpur juga dikatakan terlibat dalam projek itu.
Laporan itu menambah, bagaimanapun, penglibatan enam majlis perbandaran dalam projek terbabit, menimbulkan beberapa isu, termasuk ‘struktur dan dasar berpecah-belah dengan komunikasi bersama tidak berkesan’.
Sebagai penyelesaian yang dicadangkan, LLSB mengesyorkan supaya ‘tadbir urus kolaboratif’ diwujudkan menerusi entiti pengurusan sungai secara bersama’ untuk Sungai Klang, yang dikatakan akan ‘mengatasi hierarki kompleks sambil meningkatkan kualiti output dasar dan mencapai skala ekonomi’.
Kajian kes itu juga mengesahkan bahawa SMG memenuhi semua matlamat digariskan dalam program Smart Selangor yang bertujuan menjadikan Selangor sebagai ‘negeri pintar’ di Asean menjelang 2025.
SMG bersama Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS) dan skim Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) juga adalah sebahagian daripada Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2021 yang diperkenalkan Amirudin pada Ogos tahun lalu.
Selain menyasarkan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Selangor dan memastikan rakyat di kawasan pinggir bandar dan luar bandar dapat menikmati akses kepada inisiatif pembangunan, Amirudin berkata, RS-1 akan membantu negeri menyumbang 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025.
Jawatan pengarah MB Selangor dalam syarikat usaha sama– LLBSB
Pada Disember 2020, LLSB membentuk usaha sama (JV) yang dipanggil Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB), dengan anak syarikat Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Berjaya Land Bhd (B-Land), menjalankan pembersihan, pemulihan dan pembangunan sungai di Lembah Klang.
Laporan The Edge Markets melaporkan, beberapa inisiatif sungai yang akan dilaksanakan LLB, termasuk projek SMG dan pembangunan perumahan di sepanjang Sungai Klang, dengan dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM10 bilion dalam tempoh lapan tahun, selain purata GDV sebanyak RM1.25 bilion setahun.
Berdasarkan laporan itu, B-Land memegang 55 peratus pegangan dalam JV, manakala baki 45 peratus dipegang LLB.
Selain Amirudin, pengasas BCorp, Tan Sri Vincent Tan dan Izham (Exco) disenaraikan sebagai pengarah syarikat.
TIADA SALAH GUNA KUASA
Amirudin sejak itu menafikan sebarang penyalahgunaan kuasa yang dikaitkan dengan jawatan pengarahnya atau Izham, sebaliknya mendakwa kehadiran mereka adalah ‘untuk memastikan perlindungan kepentingan negara’.
Berkuat kuasa 1 Mac, Vincent Tan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas BCorp, manakala B-Land akan menyaksikan Datuk Seri Robin Tan sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas baharu dan Tan Peng Lam memegang jawatan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas.
Jelas Syaiful, sebahagian daripada projek SMG itu tidak membabitkan suntikan dana daripada kerajaan negeri, sambil menyatakan anggaran kos mendalamkan sungai bagi meningkatkan kapasiti sungai sebagai cara menangani isu pencemaran ialah RM700 juta.
Sebaliknya, beliau berkata, kos itu akan dibiayai melalui liabiliti premium ke atas tanah yang bakal dibangunkan berjumlah RM117 juta, liabiliti hutang RM54 juta dan kemungkinan pembiayaan daripada MBI.
Apa yang jelas projek ini milik Kerajaan Negeri- Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI-Selangor) dan anak syarikatnya Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB). Oleh itu saman RM200 juta itu adalah SANGAT BERASAS!
Ini bukan Projek curi Nadir Bumi macam Sanusi gunakan MBI Kedah curi projek itu menggunakan Syarikat kroni Jangka Bakat Mineral Sdn Bhd. Ternyata Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) lebih tersusun daripada projek curi REE Kedah.